Bahasa Melayu
Buka aplikasi

Surah Al-Mulk: teks penuh dan sumber

Surah Al-Mulk (Tabarak), tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya, satu frasa setiap kali: teks Arab, transliterasi dan maksud.

Al-Mulk

Kerajaan (Al-Quran 67)

Tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki hingga dia diampunkan.

  1. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

    Bismillahir rahmanir rahim

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  2. تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ١

    Tabarakal ladzi bi yadihil mulku wa huwa 'ala kulli syai'in qadir

    Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

  3. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ

    Alladzi khalaqal mauta wal hayata li yabluwakum ayyukum ahsanu 'amala

    Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;

  4. وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ٢

    Wa huwal 'azizul ghafur

    dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

  5. الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ

    Alladzi khalaqa sab'a samawatin thibaqa

    Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis;

  6. مَّا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِن تَفَاوُتٍ ۖ

    Ma tara fi khalqir rahmani min tafawut

    engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah;

  7. فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ ٣

    Farji'il bashara hal tara min futhur

    (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

  8. ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ

    Tsummarji'il bashara karratain

    Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali,

  9. يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ ٤

    Yanqalib ilaikal basharu khasi'au wa huwa hasir

    nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

  10. وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ

    Wa laqad zayyannas sama'ad dunya bi mashabih

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang,

  11. وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖ

    Wa ja'alnaha rujumal lisy syayathin

    dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan;

  12. وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ ٥

    Wa a'tadna lahum 'adzabas sa'ir

    dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

  13. وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ٦

    Wa lil ladzina kafaru bi rabbihim 'adzabu jahannam, wa bi'sal mashir

    Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

  14. إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِيَ تَفُورُ ٧

    Idza ulqu fiha sami'u laha syahiqau wa hiya tafur

    Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

  15. تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ ۖ

    Takadu tamayyazu minal ghaizh

    Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.

  16. كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ ٨

    Kullama ulqiya fiha faujun sa'alahum khazanatuha alam ya'tikum nadzir

    Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

  17. قَالُوا بَلَىٰ قَدْ جَاءَنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبْنَا

    Qalu bala qad ja'ana nadzirun fa kadzdzabna

    Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan

  18. وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ اللَّهُ مِن شَيْءٍ

    Wa qulna ma nazzalallahu min syai'

    serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun,

  19. إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ كَبِيرٍ ٩

    In antum illa fi dhalalin kabir

    kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!”

  20. وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ ١٠

    Wa qalu lau kunna nasma'u au na'qilu ma kunna fi ashhabis sa'ir

    Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

  21. فَاعْتَرَفُوا بِذَنبِهِمْ فَسُحْقًا لِّأَصْحَابِ السَّعِيرِ ١١

    Fa'tarafu bi dzanbihim fa suhqal li ashhabis sa'ir

    Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

  22. إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ

    Innal ladzina yakhsyauna rabbahum bil ghaib

    Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan,

  23. لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ ١٢

    Lahum maghfiratuw wa ajrun kabir

    mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

  24. وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ ۖ

    Wa asirru qaulakum awijharu bih

    Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah),

  25. إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ١٣

    Innahu 'alimum bi dzatish shudur

    kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

  26. أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ١٤

    Ala ya'lamu man khalaq, wa huwal lathiful khabir

    Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

  27. هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا

    Huwal ladzi ja'ala lakumul ardha dzalula

    Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan,

  28. فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ ۖ

    Famsyu fi manakibiha wa kulu mir rizqih

    maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah;

  29. وَإِلَيْهِ النُّشُورُ ١٥

    Wa ilaihin nusyur

    dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

  30. أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ

    A'amintum man fis sama'

    Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu:

  31. أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ ١٦

    Ay yakhsifa bikumul ardha fa idza hiya tamur

    menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

  32. أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ۖ

    Am amintum man fis sama'i ai yursila 'alaikum hashiba

    Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu;

  33. فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ ١٧

    Fa sata'lamuna kaifa nadzir

    maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

  34. وَلَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ ١٨

    Wa laqad kadzdzabal ladzina min qablihim fa kaifa kana nakir

    Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

  35. أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ

    Awa lam yarau ilath thairi fauqahum shaffatiw wa yaqbidhn

    Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?

  36. مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَٰنُ ۚ

    Ma yumsikuhunna illar rahman

    Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.

  37. إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ ١٩

    Innahu bi kulli syai'in bashir

    Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

  38. أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ جُندٌ لَّكُمْ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ الرَّحْمَٰنِ ۚ

    Amman hadzal ladzi huwa jundul lakum yanshurukum min dunir rahman

    Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?

  39. إِنِ الْكَافِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ ٢٠

    Inil kafiruna illa fi ghurur

    (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

  40. أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ

    Amman hadzal ladzi yarzuqukum in amsaka rizqah

    Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?

  41. بَل لَّجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ ٢١

    Bal lajju fi 'utuwwiw wa nufur

    (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

  42. أَفَمَن يَمْشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِ أَهْدَىٰ

    Afamai yamsyi mukibban 'ala wajhihi ahda

    Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah -

  43. أَمَّن يَمْشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ٢٢

    Ammai yamsyi sawiyyan 'ala shirathim mustaqim

    atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

  44. قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ

    Qul huwal ladzi ansya'akum

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),

  45. وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ

    Wa ja'ala lakumus sam'a wal abshara wal af'idah

    dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi)

  46. قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ٢٣

    Qalilam ma tasykurun

    amatlah sedikit kamu bersyukur”.

  47. قُلْ هُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ٢٤

    Qul huwal ladzi dzara'akum fil ardhi wa ilaihi tuhsyarun

    Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.

  48. وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ٢٥

    Wa yaquluna mata hadzal wa'du in kuntum shadiqin

    Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

  49. قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ٢٦

    Qul innamal 'ilmu 'indallahi wa innama ana nadzirum mubin

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.

  50. فَلَمَّا رَأَوْهُ زُلْفَةً سِيئَتْ وُجُوهُ الَّذِينَ كَفَرُوا

    Fa lamma ra'auhu zulfatan si'at wujuhul ladzina kafaru

    Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu,

  51. وَقِيلَ هَٰذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تَدَّعُونَ ٢٧

    Wa qila hadzal ladzi kuntum bihi tadda'un

    serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.

  52. قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِيَ اللَّهُ وَمَن مَّعِيَ أَوْ رَحِمَنَا

    Qul ara'aitum in ahlakaniyallahu wa mam ma'iya au rahimana

    Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), -

  53. فَمَن يُجِيرُ الْكَافِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ٢٨

    Fa mai yujirul kafirina min 'adzabin alim

    maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

  54. قُلْ هُوَ الرَّحْمَٰنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا ۖ

    Qul huwar rahmanu amanna bihi wa 'alaihi tawakkalna

    Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri;

  55. فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ٢٩

    Fa sata'lamuna man huwa fi dhalalim mubin

    oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

  56. قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا

    Qul ara'aitum in ashbaha ma'ukum ghaura

    Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi),

  57. فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ ٣٠

    Fa mai ya'tikum bi ma'im ma'in

    maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Al-Quran 67:1-30 · Kelebihan: at-Tirmizi 2891 (hasan, al-Albani), Abu Daud 1400 (hasan, al-Albani) · Tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki hingga dia diampunkan (at-Tirmizi 2891). Bahawa Nabi ﷺ tidak tidur sehingga membaca as-Sajdah dan Tabarak terdapat dalam at-Tirmizi 2892, dan ulama berbeza pendapat mengenainya (sahih, al-Albani; daif, Darussalam).